Translate

Popular Posts

Thursday, April 2, 2020

MINYAK JARAK/CASTOR OIL – MINYAK YANG MEMPUNYAI BANYAK MANFAAT KESIHATAN

MINYAK JARAK/CASTOR OIL –
MINYAK YANG MEMPUNYAI BANYAK MANFAAT KESIHATAN
By: Mary Biniol


Minyak jarak (bahasa Inggeris: castor oil ) adalah minyak yang kurang dikenali di Malaysia berbanding minyak zaitun dan minyak kelapa. Minyak Jarak telah digunakan dan terkenal di Amerika kerana Edgar Cayce, beliau yang lahir pada March 18, 1877, di Hopkinsville,Kentucky American, adalah seorang psikik Amerika yang didakwa memiliki keupayaan untuk menjawab soalan-soalan termasuk untuk penyembuhan, menyarankan penggunaan Minyak Jarak untuk beberapa penyakit.

Sejak kebelakangan ini, Minyak Jarak mula diterima dan di gunakan untuk kesihatan di Malaysia, ini adalah kerana banyak infomasi kegunaannya untuk mengubati masaalah kesihatan dari internet.
Terdapat beberapa saluran untuk mendapat infomasi mengenai Minyak Jarak di Malaysia, salah satu yang aktif adalah Facebook page Castor Oil Malaysia, Pengendali laman tersebut memuat turun banyak infomasi terkini Minyak Jarak yang didapati dari website yang memperakui keberkesanan Minyak Jarak.
Apakah minyak jarak?.Minyak jarak ialah minyak sayur yang diperoleh daripada kacang kastor (sebenarnya "biji kastor" dari segi teknik kerana Pokok Jarak, Secara saintifik ia dikenali sebagai Ricinus Communis, bukanlah ahli famili pokok kacang).

Minyak jarak mempunyai kandungan bahan kimia yang luar besar dan oleh itu, menyebabkannya agak bernilai. 90% daripada asid lemak dalam minyak jarak terdiri daripada asid risinoleik.
Minyak jarak ialah "minyak berasas sayuran" kerana ia diperbuat daripada biji-biji Pokok Jarak. Biji jarak mengandungi risin, sejenis protein yang beracun yang boleh dikeluarkan melalui penekanan sejuk dan penapisan.

Minyak jarak adalah cecair pekat, likat dan kaya dengan asid lemak, dengan itu menjadikannya emolien semula jadi untuk melembapkan. Ia banyak digunakan untuk menghasilkan produk kecantikan seperti gincu, pelembab, krim anti penuaan.Kegunaan Minyak Jarak untuk kesihatan.
Minyak Castor menawarkan penyelesaian untuk pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kedutan, sakit sendi , parut, ia menembusi kulit dan membuang semua kotoran yang tersumbat. Ia membersihkan dan menghidrat kulit.

Ia juga dipercayai boleh membantu membaiki penyakit2 dalam usus dan peranakkan yang seterusnya mampu meningkatkan kesuburan, Jika anda sedang mencuba untuk hamil, gunakan minyak jarak pack mulai lepas habis haid iaitu hari ke8 hingga hari ke 12.
Kain tuala yang telah dibasahi dengan minyak jarak diletakkan atas perut dibahagian ari2 selama30-60 minit. Diatas tuala berminyak letakan plastik dan diatas plastik diletakkan bag air panasMinyak jarak juga banyak digunakan untuk keguguran rambut .

Kelembapan menembusi kulit kepala dan memberikan lapisan pelindung kepada rambut dari akar ke hujung, menghalang kelemumur dan jangkitan kulit kepala lain daripada berlaku. Rambut bersih dan terhidrat mengelakkan rambut daripada gugur ia juga akan merangsang rambut untuk tumbuh dengan lebih cepat.Minyak Jarak juga merupakan julap yang berkesan untuk mengubati sembelit.

Ia perlu di ambil dengan kuantiti yang sedikit kerana kuantiti yang berlebihan kerana ia boleh membahayakan kesihatan. Minyak Castor membuang bahan buangan dari usus kecil dan besar dan kolon dengan melonggarkan usus. Kelembapan ia menyediakan membantu dalam laluan licin daripada bahan buangan melalui sistem perkumuhan.

Apakah Minyak Castor Pack ?Castor pack adalah salah satu cara pengguanaan Minyak Jarak untuk melegakan ketegangan otot , kekejangan haid, kesakitan yang disebabkan oleh artritis atau penyakit sendi dan meningkatkan peredaran darah.

Satu pek minyak Jarak boleh dilakukan dengan menggunakan kain flanel 12 × 12 dilipat dan di rendam dalam minyak kastor . Selepas itu , balut kain dalam plastik dan letakkan di kawasan yang ingin di rawat . Letakkan botol air panas di atas pembalut plastik. Haba akan membantu melegakan kesakitan badan.
Sama ada digunakan sebagai produk kecantikan atau kesihatan, adalah perlu untuk mendapatkan nasihat dari pakar perubatan sebelum menggunakannya untuk mengubati kecederaan minimal atau penyakit yang tidak memudaratkan.

Dimana untuk mendapatkan minyak jarak? Minyak jarak ada dijual di kedai kedai runcit India. Ia adalah murah namun untuk mengelakkan liang kulit tersumbat adalah sarankan menggunakan Cold Pressed iaitu minyak yang dihasilkan melalui gabungan pengisaran dan haba yang rendah.

No comments:

Post a Comment